Dana DAP bagai pokok semalu tersipu-sipu

425
0

Oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff

Tiba-tiba sahaja bendahari Pakatan Harapan ditukar?

Baru 8 Sept. lalu saya mengulas mengenai perlantikan naib pengerusi kebangsaan DAP, M. Kulasegaran, sebagai bendahari Pakatan Harapan pusat dan perlantikan naib pengerusi DAP Selangor, iaitu Hannah Yeoh, sebagai bendahari Pakatan Harapan Selangor.


Is church money the rocket fuel for Pakatan Harapan? — baca SINI


 

(Begitu juga dengan jawatan bendahari Pakatan Harapan di beberapa buah negeri lain seperti Pulau Pinang yang dipegang oleh seorang lagi pemimpin DAP, iaitu Jagdeep Singh Deo, dan Johor yang dipegang oleh seorang pemimpin DAP yang lain, iaitu Gan Tek Cheng).

Ini kerana bila pemimpin-pemimpin DAP ini dilantik sebagai bendahari Pakatan Harapan, tidak dapat tidak anggapan masyarakat umum adalah lantikan mereka kerana mereka atau parti politik mereka, iaitu DAP, ada banyak dana atau mampu untuk mencari banyak dana.

Tiba-tiba hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan M. Kulasegaran ditukar menjadi naib presiden Pakatan Harapan bersama-sama pengerusi PKR Sabah, Christina Liew, manakala naib presiden PAN, Husam Musa, menjadi bendahari.

Apakah mungkin pertukaran jawatan bendahari Pakatan Harapan ini adalah satu cubaan Pakatan Harapan untuk membaik pulih imejnya dari dakwaan bahawa aktiviti-aktivitinya akan dibiayai oleh dana yang diperolehi dari DAP atau dari sumber-sumber DAP?

Apakah mungkin kemasukan Husam Musa ke dalam struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan selaku bendahari ini adalah tanda kepercayaan ke atas kemampuan beliau mencari dana atau cubaan untuk melonjakkan beliau ke satu peranan lebih besar?

Apa pun, perlantikan M. Kulasegaran, yang merupakan peguam yang mengendalikan kes perebutan hak jagaan dan pertukaran agama anak, dan Christina Liew, yang merupakan penganut Kristian tegar, boleh memalapkan lagi citra keIslaman Pakatan Harapan.

Sumber

Download PDF