G25 – Naratif yang bising dan basi

771
0

Oleh M. Kamal Affandi

Gegak gempita suara-suara protes kenapa Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy (2016) terbitan G25 Malaysia (http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/28/g25s-book-banned-by-govt-but-group-will-appeal/) membawa kepada keputusan pihak berkaitan untuk memujuk-rayu kerajaan supaya pengharaman berkenaan ditarikbalik atas pelbagai alasan .

Antaranya termasuklah kononnya buku berkenaan mengandungi hujah-hujah akademik dan suara-suara menentang (dissenting voices) sahaja, seperti dalam keratan akhbar The Star berkenaan, bermaksud untuk memberi kelainan daripada sedia ada yang pula dianggap sebagai “tidak tepat” atau “tidak benar”.

Pengharamannya oleh kerajaan juga dianggap sebagai “…. likely to be prejudicial to public order, public opinion and public interest” dan “The ministry…….”, menurut Tan Sri Navaratnam yang juga adalah pengerusi Asli Centre of Public Policy Studies, “should provide evidence of any resulting public disorder and whose public opinion or interest had been prejudiced by the book.”

Kita kutip juga laporan portal Malaysiakini dalam sesawang  bertarikh 28 Julai berkaitan sebagaimana dilaporkan: “Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom juga mempertikaikan mengapa pihak berkuasa tidak menjelaskan bagaimana buku berkenaan dianggap boleh mengancam keselamatan negara. Kami cuma mempersoalkan keadaan semasa negara secara kritis. Bagaimana ia boleh menjejaskan keselamatan awam? Tak masuk akal, tetapi ia tidak menghairankan jika melihat kepada kerajaan sekarang ini. Ia himpunan esei bertujuan untuk menunjukkan pemikiran pelampau dan sempit dalam hal berkaitan amalan Islam di negara ini perlu dibanteras secara intelektual.”

Demikian juga, dipetik Dr. Chandra Muzaffar – salah seorang penyumbang dalam buku berkenaan – sebagai telah berkata bahawa “Itu tujuan buku berkenaan, dan untuk menunjukkan usaha pelampau mentafsir Islam dengan cara yang sesuai dengan kepentingan kumpulan tertentu,” katanya yang juga pengerusi Yayasan 1Malaysia.

Menurut Chandra, buku itu sebenarnya mendukung prinsip asas Perlembagaan Persekutuan. Tidak munasabah mengharamkan buku seperti ini. “Pengharaman ini cubaan untuk mengekang pemikiran seimbang, rasional dan terbuka dalam perkara berkaitan dengan amalan Islam di Malaysia.”

Perhatikan hujah kedua-dua penyumbang artikel dalam buku Breaking the Silence berkenaan mengenai perkara “menunjukkan pemikiran pelampau dan sempit dalam hal berkaitan amalan Islam di negara ini perlu dibanteras secara intelektual” dan “Itu tujuan buku berkenaan, dan untuk menunjukkan usaha pelampau mentafsir Islam dengan cara yang sesuai dengan kepentingan kumpulan tertentu.”

Dan telah berkata juga jurucakap G25 Noor Farida Ariffin, kepada akhbar The Sun bahawa dia terkejut dengan pengharaman itu, yang digelarkannya “satu penindasan”.

Menurutnya, “buku ini merangkumi kebanyakannya artikel t5rakademik daripada ahli-ahli akademik, peguam-peguam terkenal dan sarjana Islam progresif. Tiada satu pun artikel yang memudaratkan ketenteraman awam. Malahan ia diterbitkan untuk menggalakkan perdebatan tentang agama Islam.”

Inilah ‘crux of the matter’ yang ingin diutarakan oleh 21 orang penyumbang dalam buku Breaking the Silence berkenaan. Rata-ratanya menulis bertemakan “moderation” dengan satu perspektif yang jelas; yakni tidak bersetuju dengan naratif yang diarus-perdanakan oleh pemikiran Islam semasa dan oleh kerajaan pimpinan BN.

Ini sehaluan dengan kritikan pedas oleh tokoh-tokoh DAP seperti Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang P. Ramasamy dan Lim Guan Eng sendiri.

Supremo DAP Lim Kit Siang juga menyahut tentang pengharaman buku berkenaan dan dalam sesi parlimen 25 Julai yang lalu telah berkata bahawa Global Movement of Moderates Foundation (GMM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri gagal dan tidak mampu mengendalikan pelbagai isu-isu global khususnya mengenai Islamofobia dan terorisme.

Kritikan Kit Siang telah dibidas oleh ketua pengerusi GMM Nasharuddin Mat Isa yang berkata peranan yayasan beliau diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Para penyokong Azmi Sharom berdemo

Betulkah mereka-mereka suara moderat?

Pengharaman buku Breaking the Silence: Voices of Moderation – Islam in a Constitutional Democracy ini oleh KDN adalah kerana kandungan buku itu dianggap boleh “memudaratkan ketenteraman awam” dan “cetakan, pengimportan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan, jualan, keluaran, pengedaran atau pemilikan ke atas penerbitan yang mana akan memudaratkan ketenteraman awam kemungkinan mencetuskan perdebatan awam dan kemungkinan akan memudaratkan minat awam amat dilarang di seluruh Malaysia” sebagaimana dalam warta persekutuan Jabatan Peguam Negara.

​Sekarang saya butirkan dalam teks bahasa Inggeris asal tanpa terjemahan, di antara lontaran idea-idea sebahagian penulis dalam buku berkenaan untuk penilaian kritis para pembaca budiman:

(1) Nizam Bashir dalam ms. 29 Breaking the Silence telah berkata, antara lain….” b. the Holy Qur’an and the Propehtic Traditions which affirms the fact that the Almighty has endowed individuals with rights such as the right to privacy and the right to not be compelled in matters of faith” dengan memetik rujukan ayat-ayat al-Qur’an 49:12; 2:256 dan 10:99-100 yang difahaminya membawa makna sebagaimana yang telah dinyatakannnya itu.

(2) Aston Paiva dalam ms. 40 telah berkata: “Malaysian politicians have appropriated the word ‘Shariah’ from the Malaysian Muslim community for their own self-centred political pursuits. They have named laws passed by the State Legislatures, and the courts created by State Law, after it. In doing so, they have defiled sanctity associated with the word ‘Shariah’ and reduced it to a tool for party branding (to increase their credentials) political one-upmanship (to discredit their opponents) and to misrepresent Malaysia to Malaysians (fracturing democracy).”

Di ms. 41 pula beliau menambah: “In order to restore harm done to democracy over the decades by politicians, there needs to be laws on:……b. Religious freedom: to prescribe the administrative procedures relating to apostacy, and to create a reconciliation commission to mediate inter-religious and intra-religious disputes. (c). Family: to allow for inter-religious marriages, the preservation of the human rights of children and the criminalization of any cultural or religious practice that harms human dignity.”

(3) Dr Shad Saleem Faruqi dalam ms. 74 pula berkata: “A silent rewriting of the Constitution is taking place. Article 3 and List II of the Ninth Schedule have overridden constitutional supremacy, the chapter on fundamental rights and the federal-state division of powers. We seem to be heading towards a “one country two systems” model. On another plane, the country is moving steadily towards more and more authoritarianism in the disguise of Islamisation.”

Di ms. 75 pula beliau telah berkata: “The imposition of power by the ecclesiastical authorities of one religion over the adherents of another religion is tearing society apart.”

(4) Firdaus Husni dalam ms. 83 berkata: “It is submitted that the existing structure of the Islamic bureaucracy in Malaysia needs to be seriously relooked against current constitutional framework. This is to prevent any more transgression by Shariah law officers and enforcers beyond their constitutionally mandated powers and jusrisdiction, and to resolve jurisdictional conflicts once and for all.”

(5) Dr Azmi Sharom dalam ms. 101 telah menyatakan bahawa: “Thus, although propagation of religion to Muslims is restricted, their freedom to choose their religion would appear to be not. However, this is not the reality in Malaysia as many states have criminalised the act of leaving Islam. In Kelantan, for example, the penalty is a jail term of up to two years. Clearly the freedom of religion for Muslims is not being protected and the unconstitutionality of these laws that take away that freedom has not been properly dealt with.”

(6) Farouk A. Peru yang telah menimbulkan bermacam-mavam kontroversi sebelum ini termasuk mencadangkan solat Jumaat boleh dilakukan selain hari Jumaat, menyokong konsep “Tuhan berasal daripada gegaran” juga tidak kurang menyesatkan apabila beliau berkata dalam ms. 171 bahawa: “This analysis (yakni esei tulisannya dalam buku Breaking the Silence) is to dispel a myth proposed by some strands of the Islamic tradition, that there is only a single truth.”

Di ms. 172 beliau menyebut: “Pluralism, in the context of this essay, is the notion that there are many paths and truths, all of which are equally valid. It defies the notion that there is only one single truth to which everyone must subscribe or suffer damnation.”

Di ms. 178 pula beliau telah menyimpulkan bahawa: “Pluralism is very obviously an idea which is concordant with the human condition. Moreover it is fully concordant with the Qur’an and, as such, should have no problem existing in the Malaysian context.”

(7) Di ms. 213, Sherrif Mohd Kassim, bekas ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) pula menambah: “Although Islam is the official religion of the country under the Constitution, it is not the basis for governing the country, and therefore, as all constitutional experts will agree, Malaysia is by definition a secular state.”

Demikian sudah kita extract sebahagian daripada kata-kata sesat, tidak benar lagi mengelirukan yang diutarakan antara contributors kepada buku berkenaan.

Protes umat Islam terhadap jurucakap G25 Noor Faridah

Agenda liberal G25 ke arah keterbukaan

Sebenarnya membaca pendahuluan oleh jawatankuasa buku G25 bertarikh 28 Okt 2015 berkenaan sudah cukup untuk membayangkan bahawa kesemua penulis akan menyumbangkan idea penulisan di atas naratif yang sama: “open mindedness” dan “liberal-based” namun akan berselindung di sebalik konsep-konsep besar Islam mengenai al-maqasid al-Shariah (ms. 16) dan “moderation” ke arah… ”to re-establish Malaysia as a country of moderate Islam.” (Preface Breaking the Silence, ms. 17).

Ringkasnya naratif gerakan G25 yang mewakili golongan “prominent Malay Muslims comprising senior civil servants, academics and professionals” (ms. 13), ini walaupun dikatakan “not political or aligned to any political party or faction” (ms. 17), sudah cukup untuk rakyat marhaen apatah lagi yang boleh mendapatkan maklumat secara tuntas akibat dunia tanpa sempadan, faham akan watak-watak sebenar G25, akhlak dan peribadi mereka.

Malah pemikiran dan kelakuan mereka ketika berkhidmat dalam kerajaan dan selepas pencen juga dikenali ramai. Semua itu akan diambilkira tanpa kecuali untuk rakyat membuat pertimbangan wajar ke atas gerakan mereka; apatah lagi Malaikat yang menghitung amal-amal kita setiap hari, walau sekecil zarah sekali kebaikan (amal salih) atau keburukan (kemungkaran) yang kita zahirkan dalam hidup (al-Zalzalah: 1-8).

Penulis-penulis dalam buku Breaking the Silence ini bukannya tidak bijak atau tidak berilmu. Sebahagian mereka adalah profesor tersohor bertaraf dunia.

Namun wacana dan weltanschauung Islam yang mereka fahami jauh tersasar daripada perspektif Islam yang suci lagi murni sebagaimana yang TELAH dan SUDAH dimuktamadkan oleh sumber-umber Islam itu sendirinya, iaitu al-Qur’an, As-Sunnah. Malah ia sudah diperincikan dan dimurnikan pencerahannya oleh para ulamak as-salafussalih, Imam Empat Mazhab dan para ulamak mujtahid usul fiqh terdahulu dan mutakhir, yang pastinya pandangan-pandangan mereka itu jauh berautoriti daripada pemegang PhD terkini di kalangan academia tempatan lepasan tahun 1990-an dan 2000!

Teringat kita akan kata-kata himat seorang ulamak, sarjana dan pemikir Islam yang amat disanjungi oleh umat Islam Malaysia apabila beliau berkata tentang konsep Sastera Islam: “Keperluan menenggelamkan diri ke dalam laut tradisi sastera yang sedemikian kaya ini adalah jelas sekali. Tanpa tradisi kita tidak boleh berpijak di mana-mana. Tiram itu tidak boleh melahirkan mutiara yang mahal dari dadanya kalau ia tidak menenggelamkan dirinya ke dasar laut yang dalam, laut yang menjadi tempat perkembangannya” (Uthman El-Muhammady, ‘Masa Depan dan Kemungkinan Kesusasteraan dalam Bahasa Malaysia: Ditinjau Dari Kacamata Islam, 1979).

Sesungguhnya, pandangan-pandangan asing mereka G25 yang terkeluar daripada arus perdana Islam – sebagaimana difahamkan dan dijadikan kayu ukur mazhab agama Islam di negara kita -itulah yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam jika dibiarkan menular secara terbuka tanpa kawalan.

Sudah tentunya mengelak fitnah dan bala jauh lebih baik dari merubat setelah wabak merebak begitu mendalam merosakkan ummah!

Download PDF