Isu ancaman evangelisme wajar diberi perhatian Dewan Rakyat

472
0

Perbincangan Top 5 yang menarik dalam parlimen sesi ini

Mesyuarat ke-2 penggal ke-5 parlimen ke-13 bersidang bermula Julai 24 sehingga Ogos 10.

Sudah tentu ramai yang tertunggu-tunggu kesinambungan perbahasan beberapa rang undang-undang yang dibawa daripada sesi persidangan yang lepas berakhir April 6 lalu. terutama memandangkan ada RUU yang dibaca tanpa dibuka ruang untuk dibahaskan.

Antara isu-isu menarik yang berbangkit dalam sesi parlimen kali ini adalah:

1 RUU 164 berkaitan hak mualaf

Dalam persidangan parlimen sesi yang lepas, Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dijangkakan akan dibacakan untuk bacaan kali kedua, namun tidak diteruskan.

RUU 164 dijangkakan akan diperdebatkan di parlimen dalam sesi ini. Jangkaan ini bertempat memandangkan RUU164 sememangnya tersenarai untuk bacaan kali yang kedua dalam sesi ini.

Isu dan kritikan mengenai RUU 164 sudah banyak diperkatakan dan diharapkan perbahasan RUU 164 nanti akan dijalankan dengan mengambil kira juga pandangan umum rakyat berkaitan cadangan-cadangan pindaan, terutama cadangan yang melibatkan hak pasangan dan ibubapa mualaf.

2 Pengharaman perkahwinan bawah umur

Pada asalnya, isu had umur minima bagi melangsungkan perkahwinan hanyalah isu sampingan yang dibangkitkan melalui cadangan tambahan oleh ahli parlimen Kulai semasa perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Cadangan YB Teo Nie Ching (Kulai-DAP) adalah untuk menambah satu fasal yang baru, melalui fasal 15A, di mana perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak ditambahkan dengan perkataan seperti berikut,

“15A, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak adalah diharamkan.”

Isu ini diperbesarkan apabila ahli parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya membalas dalam sesi perbahasan cadangan pindaan untuk menyatakan bahawa isu had umur perkahwinan haruslah mengambil kira peruntukan yang membenarkan Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan pengecualian pemakaian had umur minima.

Apabila akhirnya RUU ini diluluskan pada 4 April tahun ini, kelulusan dibuat tanpa memasukkan cadangan tambahan oleh ahli parlimen Kulai.

Tidak berpuas hati dengan keputusan parlimen untuk menolak cadangannya, YB Teo berkeras akan meneruskan perjuangan memastikan had umur minima perkahwinan dipinda bagi mengharamkan mana-mana perkahwinan orang yang berumur 18 tahun ke bawah.

Pemimpin evangelis DAP Hannah Yeoh keluar masuk masjid

3 Cadangan undang-undang keharmonian agama

Isu gerakan evangelis telah lama dibangkit oleh agamawan di negara ini.

Namun, hanya sehingga CEO badan pemikir Centhra Azril Mohd Amin mencadangkan agar diadakan peruntukan undang-undang untuk mengharamkan gerakan Kristian ini, barulah isu ini menjadi hangat dan langsung menjadi perhatian ramai.

Cadangan Azril yang buat evangelis panas bontot

Aturan mesyuarat Dewan Rakyat untuk 24 Julai 2017 turut merekod cadangan oleh Dr Makin @ Marcus Mojigoh, ahli parlimen Putatan mengecam syor yang dikemukakan oleh Azril.

Isu ‘evangelicalisme’ juga mendapat perhatian dalam Dewan Negara apabila senator Ibrahim Shah Abu Shah membangkitkannya pada 19 April 2017.

4 Cadangan mengiktiraf pasangan bersekedudukan sebagai unit ‘keluarga’

Dalam membahaskan cadangan-cadangan pindaan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang dikenali dengan singkatan RUU 521, ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud telah mencadangkan agar definasi “anggota keluarga dalam rumah tangga” turut dilanjutkan untuk merangkumi pasangan kekasih yang tidak berkahwin tetapi hidup bersekedudukan.

Cadangan ini disokong oleh ahli parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengambil contoh di Australia di mana ‘spousal supports‘ terpakai kepada bekas kekasih yang tinggal bersama. Ramkarpal mencadangkan agar perlindungan yang diberikan kepada suami isteri di Malaysia juga dilanjutkan untuk merangkumi pasangan kekasih yang bersekedudukan.

Seterusnya ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin (video atas) bersetuju dengan sesetengah rakan sejawat beliau yang mengatakan bahawa sudah sampai masa untuk meluas pakai perlindungan undang-undang di atas kepada “boyfriend dan girlfriend yang tinggal bersama” juga.

Kata Hanipa pada hakikatnya ada pasangan tidak berkahwin yang tinggal bersama. Meskipun hubungan yang sedemikian dianggap haram di sisi Islam namun pandangan orang Muslim tersebut harus diketepikan kerana akta ini adalah akta yang terpakai untuk umum (yakni termasuk warga bukan Islam).

5 Bacaan kali kedua RUU 355

Walaupun Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak ada dalam senarai untuk bacaan kali kedua dalam sesi persidangan kali ini, namun ahli parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan yakin tidak mustahil RUU 355 dapat diteruskan untuk perbahasan dalam sesi ini.

Takiyuddin, selaku penyokong atau ‘seconder’ usul RUU 355 ketika ianya dibaca untuk kali pertama pada 6 April 2017, berharap speaker Dewan Rakyat akan membenarkan perbahasan RUU 355 untuk diteruskan.

Baru-baru ini Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menerima banyak kritikan apabila meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain, membolehkan hukuman sebatan dijalankan di khalayak ramai.

Download PDF