Pengenalan Busana Melayu Tradisional Siri 1

Busana melayu tradisional boleh ditakrifkan sebagai apa-apa yang dipakai di badan masyarakat melayu Nusantara. Pakaian patut melayu untuk orang lelaki merangkumi baju, seluar, sinjang (kain sampingan), destar, alas kaki dan aksesori seperti pending dan dokoh. Keris juga menjadi pelengkap busana tersebut.

Busana Laksamana dan Bendahara (source: pinterest hangpcdua)

Baju boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Baju Kurung Lelaki (popular kini dengan nama Baju Teluk Belanga), Baju Cekak Musang ( dahulunya hanya dipakai oleh Raja, Kerabat dan Bangsawan), Baju Sikap (juga dikenali sebagai Baju Putera Raja di Kelantan yang dipakai oleh Kerabat DiRaja; juga dikenali sebagai Baju Muskat, Baju Mengan, Baju Hias; mempunyai pelbagai potongan)

Baju Kurung Lelaki (source facebook Pernilam)

Baju Cekak MusangĀ  dipakai oleh Tengku Abdul Aziz Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (source facebook Izmal Karim)

Baju Sikap dipakai oleh Sultan Muhammad IV (source Dani Warguide)

Sultan Abdul Samad (source NST.com.my)

Warisan Angsari Busana Melayu

Bersambung Siri 2