BN 135, Harapan 74 — ramalan Dah Ikhwan

415
0
SHARE

PRU 14 (2018): Ramalan keputusan pilihan raya parlimen 

Oleh Dah Ikhwan

6 MEI — Selama empat hari lagi pada 9hb Mei rakyat Malaysia akan membuang undi bagi menentu parti mana yang akan membentuk kerajaan Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang; sama ada parti BN ataupun Pakatan Harapan.

Sejak PRU tahun 2008, saya telah menghasilkan puluhan kajian pilihanraya secara professional tanpa dipenggaruhi oleh mana-mana pihak, dan seperti anda sedia maklum, telah mampu memaparkan di blog ini kajian-kajian yang cukup tepat di masa lepas.

Dalam pilihanraya ini ada terdapat seramai 14,734,165 pengundi di seluruh negara yang layak mengundi dengan butiran seperti berikut:

Saya membuat anggaran kerusi yang mampu dimenangi setiap pihak berpandukan sokongan setiap kaum yang diperolehi pada PRU 13 yang lepas. Ini diselaraskan dengan sentimen politik semasa seperti yang diperolehi daripada opinon poll daripada beberapa Agensi yang terkenal diMalaysia disamping gambaran yang didapati daripada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan dalam tahun 2016 yang lepas.

Sebelum itu saya juga telah membuat kajian faktor kesetian pengundi kepada parti BN dan PAS di beberapa negeri dan di seluruh negara berasaskan data diperoleh daripada PRU 13 yang lalu. Didapati dapatan daripada kajian ini adalah selaras dengan dapatan survei pendapat agensi-agensi tersebut, iatu pengaruh peribadi Tun Mahathir tidak mampu melancarkan Tsunami Melayu seperti diharapkan oleh parti DAP dan Pakatan Harapan. Nampaknya majoriti orang Melayu ambil sikap berhati-hati tidak memburukkan perpecahan yang kini melanda masyarakat bagi menjaga hak-hak Melayu dan Bumiputera yang ada. Mereka tidak yakin Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP akan ambil peduli menjaga hak-hak ekonomi, agama dan sosial mereka.

Ini tidak bererti sokongan Melayu kepada BN tidak terjejas. Sesungguhnya saya ambilkira dapatan opinion polls dan menjangka kemerosotan sokongan Melayu dalam membuat simulasi untuk ramalan ini. Adalah dijangka sokongan Melayu kepada BN akan jatuh antara 5 hingga 8 mata sementara sokongan Cina tidak berubah dan India, bertambah 5 mata. Data ini diinput ke dalam komputer dalam mengira undi yang dijangka dalam setiap 222 kerusi parlimen.

Di bawah disenaraikan jumlah kerusi Parlimen yang dijangka untuk semua negeri:

Inilah kajian yang dapat saya hasilkan dalam masa yang amat singkat sebelum anda turun menggundi. Diingatkan ini adalah jangkaan mengikut maklumat yang ada setakat ini dan perlu diingatkan yang undi anda amatlahlah perlu khasnya bagi melindungi hak masyarakat Melayu/Bumiputera dan untuk kemakmuran rakyat Malaysia amnya.

Sekian, salam dan wallahu a’lam

Sumber: DAH IKHWAN


Nota: ma’af ada terdapat sedikit kesilapan ketika mengira jadual di atas. Anggaran terkini sepatutnya BN 135 kursi, Pakatan Harapan 74 PAS 10 dan WARISAN 3 selepas pembetulan pada 6 Mei 2018. Keadaan di Johor nampaknya kurang baik bagi BN berbanding jangkaan asal.

Download PDF